tEntAng dIrI iNi . . . . . .

sAnGAT sAyAng mErEkA yAng mEnyAyAngI dIrI iNi....

pApA_mOhd fAarED

nUr aqIlAh fArIsyAh dan nUr uLinNuhA fAtiyA

Wednesday, December 7, 2011

maafkan saya..

maafkan saya wahai kucing kecik..
siyes saya tak perasan kamu..
dan saya tak sengaja pun nak langgar kamu..
rasa bersalah sangat2..
harap kamu maafkan saya ye..
tapi saya tak tahu kamu dah mati ke belum..
sebab saya dah langgar lari..
saya tak sanggup nak lihat kamu kucing kecik..
maafkan saya..
:::: haha,tak macam sengal la plak apa yang aku tulis nie..tapi siyes beb,tadi pagi time nak pergi kerja,aq dah terlanggar itu kucing kecik warna hitam..takut nye la..sebab macam ada terdengar orang cakap,kalau kita langgar kucing,nanti kena badi..masalahnya badi tu pun aq tak tahu macam mana,,tapi entahlah,aq pun bukan sengaja kan..harap2 la tak kan jadi paper,,dan aq berharap sangat kucing tue pun takde pape la..kalau pun dia da mati,harap dia mati dengan tenang..(macam sengal je pe yang aq tulis nie),,,,,
sori meow..

Friday, November 25, 2011

Perihal Anak Dara Mama nie..

Semalam balik kerja,pa ambik then terus je ambik farisya n ulin..farisya demam,badan dah nak mula panas dah..tapi still active lagi..mak pulak dah buatkan bubur merah n pulut kuning dengan rendang..makan2 dulu..aq nie tengah demam,makan sedap mana pun tak selera dah..tapi telan jugak sebab dari pagi tak makan..lepas makan n siap2 terus g parit raja..ingat nak g batu pahat,tapi pa kata malam nie ada kenduri umah epit(kawan pa)..takpe lah,kat mana2 pun tak kisah..beli kek,kecik je,saje buat syarat,then g kat kfc jela..malas nak g jauh2 kan..farisya muka dah toyer je kan sebab dah nak demam..tapi bila nampak playground,terus je segar bugar..main tak ingat dunia..sama la dengan budak tecik nie,si adik..tak padan dengan kecik,nak juga main..sampaikan ada orang tue terkejut sebab tengok adik dah pandai jalan..aq malas nak makan,mmg dah xselera langsung..pa je la yang makan dengan budak2..then kitorang g babyshop coz nak beli hadiah untuk baby anak epit..wife dia baru je bersalin last week kot..best je kan dia,dah dapat sepasang dah..rezeki Allah..lepas tue terus g air hitam..g kat kedai teddy bear tue..suruh la farisya pilih mana satu yang dia nak,,tapi hampeh,sumer yang aq n papa tunjuk dia cakap"TAK NAK"..lastly,dia nak aper,rupenye dia tunjuk bird mainan yang dalam sangkar tue..hei anakku..pelik sungguh kamu nie..kemain lagi nak pakai baju ala princess la,tapi teddy bear takanak..yang dia nak binantang tue jugak..nak tak nak kena la belikan jugak kan coz dah janji nak belikan apa yang dia nak..teddy bear tue tetap belikan jugak..nanti kalau dah kat rumah tue,suka la dia..lagipun auntie tue bagi harga murah giler..teddy bear minnie mouse tue,dia bagi RM25 je dari harga sebanar RM40..giler kan..then yang burung tue,harga sebenar RM29,tapi dia bagi RM15 je..pastue masa nak bayar tue aq saja lah tanya lagi,berapa sumer auntie..dia kate RM28 je..aq pun bayar jelah..bila dah dalam kereta,aq tanye lagi kat papa,dia kate td minnie nie 25,then burung tue 15,apesal pulak dia suh bayar 28 je..murah giler kan..pa pun kata xpelah,rezeki farisya kan..huhu..yelar tue..tq auntie bagi harga murah giler..ntah2 dia pening kot tengok farisya tak nak pilih satu pun teddy bear dia..hihi..dia takut ktorang lari g kedai sebelah pulak kot..kalau nak tahu,kat air hitam nie,kedai teddy bear dia,sebelah2 je..kalau ada 10 kedai,sumer la jual teddy bear..tapi ade campur2 gak la,macam jual bantal,pasu,makanan,perhiasan..sayang plak tak amik gambar..sebab nak cepat kan..budget pa sempat la nak g kenduri tue..tapi tak sempat pun..em hopefully,farisya suka la dengan apa yang dia nak tue ye..sekang dia tengah demam,habis merengek jek..dah bagi makan ubat dah..semoga cepat sembuh ye sayang..
kek farisya..orang tue kata tiramisu..tapi aq makan tak rasa ape pun..dah la tulisan tak cantik..
mood dia tak elok sangat nie..nak demam kan..
mama je yang syok sendiri nyanyi lagu epy besday kat farisya..
adik wat tak tahu je..papa plak tukang amik gambar..

huhu,sebenarnya gambarnye dah tak tersusun dah..malas plak nak betulkan..
the candles tue menunjukkan farisya sudah 2 tahun laaa..
farisya tak nak strawberry,so mama bagi adik la ye..
tapi adik pun tak nak la pulak..

mama potongkan untuk farisya ye..
nie la bibird yang dia nak sangat nie..bibird nie boleh berbunyi taw..

kemain lagi kan budak dorang nie klau jumpa playground..

papa layan adik..tak padan dengan kecik,suka ati die je kan..

suker die..kan best kalau ade playground dalam umah..hihi

farisya n ulin..

comey tak minnie nie..farisya tak nak pun..sian dia..

SEKIAN,SAHAJA..



Thursday, November 24, 2011

happy besday Nur Aqilah Farisyah..



happy besday to you(3x)
happy besday to farisya,,
happy besday to you..
yes,today is besday farisya..
now she is 2 years old..
tapi sedih la coz hari nie besday dia,still tak jumpa dia lagi..actually farisya kat rumah nenek dia..semalam pagi hantar,so malas la plak nam ambik..hari ini je baru nak ambik dia..plan dengan papa nak bawak dia keluar makan n do suprise to her,belikan kek..kesian dia,time besday yang 1st dulu,mane ade tiup2 candle pun..lepas tue bila dia nampak gambar cake je,then dia pun cakap,"mama,nak tiup yiyin(lilin).."huk3,sian anak mama nie..yelar,dulukan mama jauh dari dia kan..sekarang dah kembali bersama,mestilah nak celebrate jugak even secara sederhana..dan cara ini juga actually dapat menunjukkan kasih sayang kita pada mereka..tak perlu hadiah mahal2 or majlis grand2,yang penting kita dapat tunjukkan mereka cara bagaimana kita menghargai mereka..cool kan..em mama n papa pun tak tahu nak bagi hadiah apa kat farisya..dulu 1st besday da dapat car kan..ingat kali ni nak bawak dia g kedai teddy bear and suruh dia pilih sendiri nak yang mana 1..huhu,giler ko,sekali dia pilih teddy yang besar,hamik ko..plan nak bawak g air hitam,yang kedai banyak2 jual teddy bear tue..meriah kan teddy bear kat situ..tengok la nanti,tue pun kalau la papa tak penat..sebab hari nie papa balik lambat kot..
dear farisya,
anak mama yang comey nie,umur da 2 tahun pun kan..da besar da pun anak dara mama nie ye..mesti la kena rajin tolong mama jaga adik,buat kerja rumah..huhu..takdelah..mama harap farisya sentiasa sihat dan dipanjangkan umur,semoga murah rezeki,menjadi anak yang baik dan solehah,mendengar cakap mama dan papa,menjadi kakak yang baik kepada adik,menjaga adik dan lastly belajar betul2 even farisya belum pun sekolah..huhu..jadi anak yang baik ye sayang..yang sentiasa mentaati ibu bapamu dan juga suruhan Allah..mama rasa bangga dapat anak macam farisya,walaupun baru je 2 tahun tetapi farisya sentiasa membuatkan mama happy,bahagia dan juga kuat dalam menghadapi apa pun jua cabaran..dan mama juga doakan farisya membesar dengan sihat dan kuat dalam menghadapi dugaan dan cabaran..semoga segala impian dan cita2 farisya akan tercapai dan dimakbulkan oleh Allah SWT..mama tak kisah pun farisya nak jadi apa,jadi cikgu macam papa ke,jadi doktor ke,pensyarah ke,peguam ke,arkitek ke,mama tak kisah pun..janji farisya happy..mama n papa sayang farisya..semoga keluarga kita akan sentiasa bersama-sama dan bahagia sehingga ke akhir hayat.Amin..
                                                       

                                              mama n papa sayang farisya dengan adik.........

Wednesday, November 23, 2011

The memOry of 20.11.2011

ada apa dengan tarikh ini..nampak cantik sangat kan..20112011..huhu..
tarikh yang cantik,hari yang indah dan gembira bersama kawan-kawan tersayang..actually bukan senang ktorang nie nak jumpa and then ambil gambar sama2..yelah,masing2 pun ada hal,kerja,peranan dan sebagainya lah..even ktorang tak cukup column tuk elite group nie,tapi agak memadai kerana masing2 terlalu happy untuk moment ini..(apa daaaa yang aq cuba sampaikan nie)..


hihi,kesengalan kami terserlah tatkala selepas sahaja menghadirkan diri di majlis perkahwinan sahabat semasa di tingkatan 5(Farhan Othman),kami pun merancang untuk berphotoshoot di mana2 sahaja..tetapi malang sudah kerana hujan menurunkan dirinya secara lebat-lebatan..tapi kami,dengan slogan "PANAS OR HUJAN,ADA KTORANG KISAH", pun apa lagi,tanpa membuang masa mencari tempat yang agak suam2 kuku untuk dijadikan background untuk kami bergambar sepuas-puasnya..(haha,ayat2 ini betul2 poyo sieh)..


giler tak giler bila ktorang ambil gambar time hujan lebat..habis basah baju n shawl..tapi ktorang happy,as long as we are together..ceh wah..sayang korang ketat2..thankz korang sudi meluangkan masa bersama-sama kan..even aq nie da bergelar seorang mama,tapi sometimes kita kena la jugak meluangkan masa bersama kawan2 kan..so enjoy this picture..kami ambil gambar secara berganti-ganti..dan  agak2 kalau ada mangsa yang boleh dijadikan sebagai tukang jurugambar,kami pun apa lagi,tak kan melepaskan peluang itu..huhu,,





best giler men hujan ngan mereka2 nie..balik dengan basah kuyup,tak kisah ape pun..teringat zaman time sekolah2 dulu..best jer kan..nak buat ape ke,itu ke ini ke,tak kisah pun..janji happy..hopefully,persahabatan kami ini akan kekal selamanya la kan,even satu hari nanti,if masing2 dah duduk jauh and mana la tahu dah terkenal kan..hihi
sayang Korang...

Thursday, October 27, 2011

go away . . .

emmm nak tahu tak
hari tu kan..
tetiba ada sang hitam datang..
sangat tak suka..
ingat sang hitam tu dah takde lagi dah kat dunia nie,,
tapi tetibe dia muncul semula..
apakah tujuan dia berbuat demikian..
adakah cuba menganggu kami lagi..
tak suka tak suka tak suka . .
mengapa ada sang hitam bila putih menyenangkan . . . . . .
aku da mula lupa semuanya tentang dulu,,
tapi sang hitam datang mengingatkan aku kembali pada peristiwa dahulu..
kenapa kejam sangat dunia nie..
tapi,aku berjaya menghalau sang hitam tu dari fikiran aku..
dari terus menganggu hubungan aku dan dia,,,,
harapan setinggi langit agar sang hitam tidak lagi kembali,,
mengkucar kacirkan lagi hubungan ini..
dan si putih terus bahagia . . . . . . . . . .

lalalalalalalala kerja laaaaa..

Holla,gud munink..
Tetibe terjaga dari tidur yang tidak berapa nak lena..
Terus mencari broadband n lappy..
Segera ke page my blog..
Rasa nak luahkan segala-galanya disini..
Emmmm,baru la sedar,blog ni memang tempat untuk kita luahkan rasa..
Tidak semestinya bila kita kecewa,barulah cari blog..happy,seronok,riang,gembira,etc(bukan sama je ke)..

Em sebenarnya bukan apa pun..Cuma rasa tension je..
Yela,rasanya da dekat sebulan kot aq grad..tapi..
Kerja still belum dapat lagi..
Tension weyyyyyyyyy,,

Actually xkisah pun nak duduk rumah je..duduk rumah pun bekerja jugak..menjaga makan minum suami n anak-anak..tapi tahu-tahu jela kan,mana mendatangkan hasil..
Nantikan tak pasal-pasal,hasil lain pulak yang dapat..no no no no no!!!!

Ok,berbalik pada cerita..
Bukannya tak cari kerja,rasa da banyak jugak tempat aq pergi..datang2 je,biasalah isi borang..then kata nak call,sampai saat dan ketika ini takde pulak calling2..bengang nye la..
1st tempat aq pergi,1 company nie..xla jauh sangat..jawatan: HR Assisstant..aq terjumpa ads die dekat papers..then pergi jela..bila da isi borang,dia kata boss xde..suruh balik dulu..dekat 2minggu aq tunggu tau..dah xsabar sangat,call jela..tetiba dia kata dah ada kerani lainmasuk..WTH kan..kalau rasa nak ambil kerani,yang ko p iklan kan jawatan HR.ASS ni apasal..nampka sangatlah ko nie kedekut nak bayar gaji kan..aq letak gaji 1500 pun ko leh tanya lagi,kalau min agak2 boleh berapa eak..aduhai..ko tak tengok tv ke,sekarang kan gaji min kan 1500 beb..

Tapi entahlah..bila dipikir2 balik,mungkin gaji tue macam demand sangat kot..tue yang dia takut nak ambil aq bekerja tue..entah lah,malas nak pikir..anggap jela takde rezeki kan..
Then,aq pergi ke 1 hotel nie pulak..tapi bila masuk2 je,receptionist dia kata jawatan2 untuk part office nie dah penuh..tapi untuk tidak menghampakan aq,dia suruh jugak naik ke office untuk mengisi borang..mana tahu ada rezeki kan..aq pun isi jela..then,macam biasa la,isi dulu then balik then tunggu calling..sampai sekarang takdeeeeeee..

Ok,next..oleh sebab terasa kehampaan kemelandaan diri,aq bernekad mencuba idea ini..aq try search tenet,cari company yang agak2 aq nak join..then aq call la satu2..kebanyakan jawapan menghampkan..”maaf dik,untuk jawatan bahagian ofis/kelulusan degree,kami tiada kekosongan”..
Ok,terima kasih banyak-banyak..saya memang suka sangat mendengar jawapan seperti itu..
And last hari tu,aq pergi 1 company yang agak berdekatan dengan kawasan tempat tinggal aq..sebenarnya amat berat hati untuk meminta pekerjaan di sana..sebabnya....malu!!haha,sengal kan..budget semua orang yang kerja kat situ kenal ko ke..sape ko nie ar..hahahaha..

so, aq pun menghadirikan diri setelah mencalling dahulu itu company..selepas isi borang,aq ingatkan dia suruh balik la dulu..tetapi,tetiba dia panggil masuk untuk di interview..fuhh,pucat lesi aq..al-maklumlah,aq tak ready ape pun..da la datang pun pakai selipar je..padahal dress up da macam megalahkan ahli2 korporat..tetibe aq lupa pulak nak tukar kasut..padahal ada dalam kereta..takpela kan..pasrah jela..dengan tiada preparation ape pun.aq bedal jelah segala soklan yang di tanya tue..lagipun,aq da 2 kali jumpa mamat si penginterview ni..so takde lah nebes sangat..setelah memberi jawapan yang agak suam2 kuku itu,dia pun suruh lah balik dahulu..apa2 pun akan dihubungi kemudian..dia cakap paling lewat 2minggu..masuk hari ini baru seminggu..takpe,bagi masa..ada rezeki tak kemana kan..tapi macam tak yakin plak boleh dapat sebabnya sesi interview yang menghambarkan..berserah aje la kan..n kalaulah tak dapat jugak kan,rasanya memang kena kerja sebagai operator pengeluaran jugak ni..glamer gak pe kerja nie..huuuuuu...

Barulah tahukan,macam nie la prasaan para2 fresh graduate yang sedang mencari and menunggu pekerjaan..dan faham jugak mengapa ada yang sampai sekarang masih jugak tidak bekerja..kalau boleh,tak nak lah macam tue..kesian my hb..dia sorang2 kerja,cari duit siang malam(em malam ada ke),,tapi aq duduk senang lenang kat rumah menghabiskan duit dia..dah la dulu time study guna duit dia..nie pun tak kanlah dah habis study pun nak macam tu jugak kan..kan ku cuba sedaya upaya untuk membantu dia..

Em orang2 yang kenal aq mesti cakap tak payah kerja pun takpe kan..sebab ingat gaji suami aq tue tersangatlah cukup untuk menyara aq..memanglah kan..tapi orang kata,kalau periuk nasi tue besar,maka keraknya juga banyak..faham tak??fikirlah sendiri kan..sekarang kan,zaman dah makin moden..macam2 nak guna..ini nak,itu nak..lagi2 untuk aq dan my hb yang mempunyai nafsu besar dalam hal berbelanja..anak2 lagi..kekadang pening memikirkan hal ini..belajar tinggi2 pun tapi kerja dan masa depan belum tentu lagi..tak tahulah,semuanya di tangan tuhan..Dia yang menentukan segalanya..tak tahu rezeki aq bila,kat mana,apa..

Dan buat masa ini,aq cuba untuk untuk bersabar..aq tahu orang yang bersabar itu,pasti ada ganjarannya..amin,mudah-mudahan..rezeki tu ada kat mana2..BILA,hanya tuhan saja yang tahu..

Thursday, October 13, 2011

graduation day..

Assalammualaikum..
lama sudah tidak mengupdate blog kan..hari ini tiba-tiba di beri satu perasaan dan kekuatan yang luar biasa untuk mengupdate..(ceh wah)
em nak bagitahu nie,aq kan da konvo taw..(bajet ko sorang je kan)hihi
aq  grad 22hb September hari tue..
alhamdulillah,grad jugak akhirnya..even banyak dugaannya kan..
n pada 27hb september hari tue, genap lah umur  23 tahun..
Alhamdulillah juga,kerana aq bersyukur, pada usia 23 tahun, Allah telah mengurniakan aq nikmat yang tidak terhingga..menganugerahi aq suami, anak-anak dan juga segulung ijazah..
Amin..semoga selepas ini, dapatlah peluang pekerjaan yang bagus kan..
saje nak share kegembiraan ini bersama blog ini . .heeee