tEntAng dIrI iNi . . . . . .

sAnGAT sAyAng mErEkA yAng mEnyAyAngI dIrI iNi....

pApA_mOhd fAarED

nUr aqIlAh fArIsyAh dan nUr uLinNuhA fAtiyA

Wednesday, June 6, 2012

"ikhlas kan Hati"

owh ya,kalau nak tahu sebenarnya aq dah bertukar kerja..lepas grad je,termasuk kerja yang latest nie,rasanya dah 3kali dah aq tukar kerja..ntahlah,nak kata memilih pun tak jugak,cuma rasa macam tak sesuai dengan jiwa aq..bila dah rasa sesuai dan kawan2 ok,boss pulak yang tak sesuai dengan jiwa aq nie,huhu..kalau nak ikut kesesuaian dengan jiiwa,memang sampai bila2 pun xkerja kot..haha..dan aq harap kerja yang terbaru aq pilih nie berbaloi lah kan..


tapi ntahlah..hurm,banyak tapi2 tue yang susah tue..biasalah kan,semua orang nak kerja yang senang,tapi gaji banyak..sape je yang nak kerja susah gaji pun ciput..tapi lumrah lah kan zaman sekarang nie,dah lah susah nak cari kerja,gaji pun cukup2 makan je..ada degree ke xde ke,kadang sama je..orang dah tak pandang pun..lagi2 orang yang bukan kaum kita..dan aq memang dah terkena..bukan nak berkira pasal gaji,tapi agak2 lah kan bila ko dah belajar tinggi2,pinjam duit kerajaan,last2 kerja gaji setaraf dengan SPm..bukan nak mengata orang yang ada SPM pun,tapi kenyataanya,buat apa diwujudkan degree or diploma kalu kerja pun gaji sama je..baik takyah belajar tinggi2 kan..dan paling membuatkan aq marah,bila kaum dia dan bekerja dengan dia,gaji dia lebih tinggi dari kaum kita,padahal sijil apa pun takde..kalau nak double standard pun agak2 lah kan..lepas tue ko nak buat kaum kita nie macam kuli batak ko,buat banyak2 kerja sedangkan kaum ko tue,ko tak kacau pun langsung..hei memang hangin la..aq faham sangat benda nie dah lama berlaku dan memang tak kan takde solution nya..dan kaum kita tetap bekerja dan sabar dan redha je lah diperlakukan sebegitu rupa..kerana jika terlalu memilih dan memikirkan pekerjaan,maka perut si anak dan isteri tidak dapatlah di isi, keperluan hidup tidak dapatlah ditunaikan . .semuanya demi keluarga . .


ya, bila dah bekerja,aq tahu betapa peritnya untuk seseorang itu mencari rezeki yang halal untuk keluarga . .demi sesuap nasi . .demi keperluan anak-anak . .dan masa hadapan . .tiada kerja yang senang di dunia nie..kerja yang senang adalah apabila seseorang itu bekerja dengan ikhlas dan redha..dan sekarang nie,orang mula lah berlumba-lumba nak kerja dengan kerajaan..alasannya,senang dan gaji banyak..bonus pun asyik masyuk je..aq pun memang lah,kalau boleh nak jugak kan,tapi ntah lah,belum ada rezeki kot..dah banyak jugak yang aq apply..tapi 1 pun xde yang sangkut . .ada rezeki,ada lah kan..takde pun takpe . . Allah dah tentukan rezeki masing2 kan..


owh berbalik pada asal usul yang aq nak cerita, aq sekarang dah bekerja di UTHM..nama je gempak,mesti orang ingat dah kerja kerajaan kan,padahal swasta OKEY.. aq kerja di bawah syarikat koperasi..ye KOOP tue..jawatan sebagai penolong pengurus pentadbiran..tapi setakat nie,aq rasa macam kerja jadi pembantu kedai pun ada jugak..ntahlah,confius sikit,hihi..tapi setakat nie,ok jelah..gaji pun boleh lah dikatakan berpuas hati walaupun tak setinggi yang diharapkan..dan masih lagi belum merasa tekanan kerja..boleh gitu..dan sedar tak sedar,dah 3minggu pun kerja kat sini..pekerja koperasi tak ramai..ada 6 orang je..dan di bawah koperasi pula ada 4 lagi koperasi..dan mereka semuanya lebih berusia dari aq..dulu masa interview,actually jawatan yang dipohon adalah pengurus koperasi,tapi semasa sesi interview,mereka macam tak yakin pulak aq nie boleh handle pekerja di bawah aq yang lebih berusia..agaknya tengok muka aq nie suci sangat kot..haha..tolonglah..dan lepas tue,memang aq tak dapat jawatan tue..tapi ntahlah,rezeki aq kot,dapat call and dapat kerja tapi be a assist je..takpelah kan,dah memadai la tue,tambahan pula di masa itu,aq dah mula terasa bosan bekerja di bawah cik ce yang melampau-lampau..dan sekarang di sinilah aq berada..


kalau nak di ikutkan,memang takdenye la aq boleh berpoya-poya free2 mengadap lappy aq nie..ini di sebabkan ada pekerja aq tue cuti dan aq perlu menggantikan dia untuk menjaga koop di Arked..bermula esok,aq akan bekerja seperti biasa,menghadap fail yang ntah hape-hape tue..hurm takpelah kan,kita kerja kena lah ikhlas kan..baru lah berbaloi segala titik usha kita tue kan..dan semoga rezeki aq dan keluarga dimurahkan..Amin..sekian..



No comments:

Post a Comment