tEntAng dIrI iNi . . . . . .

sAnGAT sAyAng mErEkA yAng mEnyAyAngI dIrI iNi....

pApA_mOhd fAarED

nUr aqIlAh fArIsyAh dan nUr uLinNuhA fAtiyA

Wednesday, June 6, 2012

"ikhlas kan Hati"

owh ya,kalau nak tahu sebenarnya aq dah bertukar kerja..lepas grad je,termasuk kerja yang latest nie,rasanya dah 3kali dah aq tukar kerja..ntahlah,nak kata memilih pun tak jugak,cuma rasa macam tak sesuai dengan jiwa aq..bila dah rasa sesuai dan kawan2 ok,boss pulak yang tak sesuai dengan jiwa aq nie,huhu..kalau nak ikut kesesuaian dengan jiiwa,memang sampai bila2 pun xkerja kot..haha..dan aq harap kerja yang terbaru aq pilih nie berbaloi lah kan..


tapi ntahlah..hurm,banyak tapi2 tue yang susah tue..biasalah kan,semua orang nak kerja yang senang,tapi gaji banyak..sape je yang nak kerja susah gaji pun ciput..tapi lumrah lah kan zaman sekarang nie,dah lah susah nak cari kerja,gaji pun cukup2 makan je..ada degree ke xde ke,kadang sama je..orang dah tak pandang pun..lagi2 orang yang bukan kaum kita..dan aq memang dah terkena..bukan nak berkira pasal gaji,tapi agak2 lah kan bila ko dah belajar tinggi2,pinjam duit kerajaan,last2 kerja gaji setaraf dengan SPm..bukan nak mengata orang yang ada SPM pun,tapi kenyataanya,buat apa diwujudkan degree or diploma kalu kerja pun gaji sama je..baik takyah belajar tinggi2 kan..dan paling membuatkan aq marah,bila kaum dia dan bekerja dengan dia,gaji dia lebih tinggi dari kaum kita,padahal sijil apa pun takde..kalau nak double standard pun agak2 lah kan..lepas tue ko nak buat kaum kita nie macam kuli batak ko,buat banyak2 kerja sedangkan kaum ko tue,ko tak kacau pun langsung..hei memang hangin la..aq faham sangat benda nie dah lama berlaku dan memang tak kan takde solution nya..dan kaum kita tetap bekerja dan sabar dan redha je lah diperlakukan sebegitu rupa..kerana jika terlalu memilih dan memikirkan pekerjaan,maka perut si anak dan isteri tidak dapatlah di isi, keperluan hidup tidak dapatlah ditunaikan . .semuanya demi keluarga . .


ya, bila dah bekerja,aq tahu betapa peritnya untuk seseorang itu mencari rezeki yang halal untuk keluarga . .demi sesuap nasi . .demi keperluan anak-anak . .dan masa hadapan . .tiada kerja yang senang di dunia nie..kerja yang senang adalah apabila seseorang itu bekerja dengan ikhlas dan redha..dan sekarang nie,orang mula lah berlumba-lumba nak kerja dengan kerajaan..alasannya,senang dan gaji banyak..bonus pun asyik masyuk je..aq pun memang lah,kalau boleh nak jugak kan,tapi ntah lah,belum ada rezeki kot..dah banyak jugak yang aq apply..tapi 1 pun xde yang sangkut . .ada rezeki,ada lah kan..takde pun takpe . . Allah dah tentukan rezeki masing2 kan..


owh berbalik pada asal usul yang aq nak cerita, aq sekarang dah bekerja di UTHM..nama je gempak,mesti orang ingat dah kerja kerajaan kan,padahal swasta OKEY.. aq kerja di bawah syarikat koperasi..ye KOOP tue..jawatan sebagai penolong pengurus pentadbiran..tapi setakat nie,aq rasa macam kerja jadi pembantu kedai pun ada jugak..ntahlah,confius sikit,hihi..tapi setakat nie,ok jelah..gaji pun boleh lah dikatakan berpuas hati walaupun tak setinggi yang diharapkan..dan masih lagi belum merasa tekanan kerja..boleh gitu..dan sedar tak sedar,dah 3minggu pun kerja kat sini..pekerja koperasi tak ramai..ada 6 orang je..dan di bawah koperasi pula ada 4 lagi koperasi..dan mereka semuanya lebih berusia dari aq..dulu masa interview,actually jawatan yang dipohon adalah pengurus koperasi,tapi semasa sesi interview,mereka macam tak yakin pulak aq nie boleh handle pekerja di bawah aq yang lebih berusia..agaknya tengok muka aq nie suci sangat kot..haha..tolonglah..dan lepas tue,memang aq tak dapat jawatan tue..tapi ntahlah,rezeki aq kot,dapat call and dapat kerja tapi be a assist je..takpelah kan,dah memadai la tue,tambahan pula di masa itu,aq dah mula terasa bosan bekerja di bawah cik ce yang melampau-lampau..dan sekarang di sinilah aq berada..


kalau nak di ikutkan,memang takdenye la aq boleh berpoya-poya free2 mengadap lappy aq nie..ini di sebabkan ada pekerja aq tue cuti dan aq perlu menggantikan dia untuk menjaga koop di Arked..bermula esok,aq akan bekerja seperti biasa,menghadap fail yang ntah hape-hape tue..hurm takpelah kan,kita kerja kena lah ikhlas kan..baru lah berbaloi segala titik usha kita tue kan..dan semoga rezeki aq dan keluarga dimurahkan..Amin..sekian..



Tuesday, June 5, 2012

kawan kami kawen wey . .

last week my bestren kawen..yeay,kit dah kawen..dah selamat pun kan..setelah macam-macam dugaan yang dilaluinya..biasalah,dugaan itu takkan berhenti selagi kita masih bernafas di muka bumi ini..tak kira lah dah kawin ke,belum kawin ke,sama je..cuma kita je sebagai hambanya yang boleh melaluinya dengan sabar ataupun tak..cheeze,,hihiaq doakan ko bahagia ke akhir hayat dan di kurniakan anak-anak yang ramai lagi comel..hehe..
meh la layan picture2 nie..tetibe terajin teredit plak..







:: pas nie tunggu my besfren lg sorang nie plak eak kawen..kabonye nak dapat orang jauh,huhu..(sape la tue kan)..


"bersyukurlah"

bersyukurlah kamu kerana ada suami yang masih menyayangi . .
bersyukurlah kamu kerana ada suami yang sentiasa sabar . .
bersyukurlah kamu kerana ada suami yang memahami . .
bersyukurlah kamu kerana ada suami yang tak pernah keluar berpoya-poya meninggalkan kamu sendirian . .
bersyukurlah kamu kerana ada suami yang masih sanggup susah dan senang bersama kamu . .
bersyukurlah kamu kerana ada suami yang sentiasa memaafkan kamu bila kamu melakukan kesalahan . .
bersyukurlah kamu kerana ada suami yang tidak sesuka hati meletakkan tangannya ke pipimu . .
bersyukurlah kamu kerana ada suami yang akan sedaya upaya memenuhi kehendakmu .
bersyukurlah kamu kerana ada suami yang sentiasa ingin bersamamu . .
bersyukurlah kamu wahai wanita bergelar ASNIDAR . .

:: aku bersyukur mendapat suami sepertinya Ya Allah . . Terima Kasih atas Anugerah ini . .


Tuesday, March 27, 2012

budak hingusan . .

Bencinya la ..geram, sakit hati la . .apa masalah ko la budak . .aq tak kacau hidup ko pun . .saja nak cari pasal kan dengan aq . .ko tunggu la ya budak . .dasar budak hingusan . .nak ikutkan malas nak layan perangai ko la budak . .buang masa . . tapi rasa macam dah melampau je. .saja nak buat hidup aq tak tenang kan . .takpelah, tunggu jelah ye . .::wait for me::

Monday, March 5, 2012

be confident..

oh yeah,lama tak bukak blog kan..lg la nk update..nie pasal broadband buat hal la..mengada sangat nak rosak2 pulak..naseb bek leh ganti..nie da ok,malas pulak nk bukak..habis balik2 keje da penat..

Oh ye,sy da bekerja la..jeng jeng jeng..actually baru je smggu lebih..kerja dan tempat dirahsiakan..boleh gitu..huhu..kerja dia ok la..harap2 dapat menyesuaikan diri coz kerja nie aq anggap sbgai satu cabaran besar untuk aq selain dapat meningkatkan keyakinan dan tahap komunikasi yang tinggi..ececeh..hehe..ok la,tue je nak citer..malas nak berceloteh panjang..nanti kan ada orang forward lak entry nie,hihi..=)


Friday, January 27, 2012

Happy CNY and cuti2 Malaysia..

hye,happy CNY..Gong Xi fa Cai..hooray2 la ye aq sebab en.hubby cuti seminggu..ada chance nak ajak cuti2 malaysia nie..hehe..mula2 dia takmo berjalan,cuma ajak balik kg je..macam la kg dia tue jauh sangat kan..simpang je pun..boring taw..then cuma jalan pergi kluang tengok mak usu n baby..congrate mak usu,dapat baby boy..tapi kesian,kena operation..tue yang membuatkan ketakutan aq bertambah untuk menambah jumlah bilangan anak yang akan datang..haha..mengarut je la tue..
khusyuk bebenor isya ngan ulin nie men toys..
nie la baby mak usu..tak silap,Mohd Dzafirin..
nie hamper yang kami beli..donate sesame..murah je kat simpang taw..



then makan2 kat rumah abah hid...anak2 aq nie kalau dah jumpa ramai orang mula lah tak tahu diam..dah tak terkawal rasanya..walaupun girl,tapi kalau dah girl kuasa dua,tak ke da macam boboy..penat dah nak melayan,so lantak kamu la dua beradik nak buat apa pun..nanti dah nangis,nak susu,nak tido,barulah dorang cari mama dia..
bye2,nak balik..

episod seterusya,kami pergi tangkak..tido rumah lela coz soknya plan nak bawak bebudak nie pergi zoo..al-maklumlah bila dah time cuti,orang pun ramai..parking pun susah..naseb kami bawak 1 car je..tue pun dapat parking jauh..takpelah,menapak jua lah kami..dah lah sampai tepat jam 12 tengahari di kala matahari sedang menegak di atas kepala nie har..demi anak2,kami ibu bapa terpaksa berkorban jua..hihi..


penat taw sebenarnya g zoo nie..luas giler,penat nak menapak..budak2 suka la dapat tengok animals..teruja dorang nie..yela.before this,tengok kat buku je..sekali dapat tengok depan mata..dulu time farisya 5bulan,penah gak bawak dia g zoo nie..tapi tahu je la kalau budak 5bulan,dia bukan tahu apa pun..last2 tido..mama papa dia je la yang tengok binatang2 tue..LOL..


pukul 3 kami dah keluar..muka masing2 dah gelap dah berpanas..then g jusco,makan kat johnys..nie kot ejaan dia..malas nak search..hihi..lepas makan2,balik lah coz dah kepenatan giler..


ok,next..mandi manda..air terjun gunung ledang..tapi sayang,aq lupa bawak kamera..takpelah,ada hikmah..nak mandi pun senang..tak pikir2 pasal kamera..suka giler bebudak nie mandi..farisya pun dah tak takut..yang kelakarnya time dia kena air je,dia cakap"basah"..huhu,memang lah sayang basah,dah nama air pun kan..yang ulin lagi lah excited,2kali dia mandi taw..aq da salinkan baju sebab tengok dia menggigil..lepas tue tengok papa mandi lagi,dia sibuk nak turun lagi..bogelkan and terus turunkan lagi..farisya dah tak nak dah..dia kata sejuk..huhu..
then,petang tue terus balik sebab nak singgah rumah mertua mak usu,ada buat akikah..sampai rumah malam..lepak giler tue..tapi puas la jugak sebab dapat bawak anak2 berjalan..rasa happy je bila tengok dorang happy..hihi..luvpapaisyaulin4ever..

Friday, January 20, 2012

ulin bambam . .

em kali nie tetiba sayu hati nak cerita pasal budak bambam ulinnuha nie..rasanya kalau dulu time ada farissya,asyik cerita pasal dia je kan..umur berapa bulan pandai jalan,tumbuh gigi,etc..tapi ulin takde pun..mama nie tak adil taw..okey la,kali nie mama citer pasal ulin ye..ulin nie budak baik..senang mama nak jaga..lahir pun Alhamdulillah,senang sangat..tak banyak karenah..bijak pun ye..perkembangan dia sangat cepat..bayangkan umur baru 2bulan dah pandai meniarap..jalan pulak 9bulan..cepat sikit berbanding akak dia 10 bulan..sekarang nie gigi ada 8batang,4 atas 4 bawah,,har adil la tue kan..so nak citer lak pasal dak nie yang ada kena mengena dengan dis pic kat bawah nie ar..mentang2 la bb laju giler,mula lah mama ko nie nak update sana,updatre sini..huhu..::::
 see dak bambam nie tengah makan..sekarang nie dia tak berapa nak makan la..makan sikit je..susu yang banyak..risau gak,takut t berat tak naik..naseb bek hari tue g checkup,berat dia naik banyak..bangga mak ko nie taw dik..gambar nie time tengah makan kat jb..naseb bek la dia duduk diam2 sambil makan apa je yang aq bagi..senag hati mama ko nie dik..hihi..tapi muka berminyak2 sebab muka pun nak makan jugak,takpelah,janji ko bahgia dik..
 ish3,awek mana nie,ayunya berbaju kurung..nie kat umah atok simpang..time nie raya haji kot..tak ingat lah..aq jarang nak pakaikan anak aq nie baju kurung..tunggu raya je la baru sibuk2 nak pakaikan..sebab apa,ulin nie lasyak sikit..takut dia terjatuh sebab pakai kain kan..dah lah keje nya syik jatuh je..risau gak..abis kalau jalan dah macam gangster kampung pisang,mana tak jatuh..yang langgar meja la,tiang la,kerusi la..sumer ko nak langgar kan dik!
 tak senonoh la mama ko nie dik kan amik gambar time mneguap..buruk je taw..takpelah,anak mama kan comel..hihi..tengok lah nie,bukan tahu diam,sejak2 dah dapat kaki nie,sumer nak di panjatnya..kerusi,meja,katil,tangga..sumer la.macam terror je kan..awak tue gigirl la,kena la sopan sikit taw..
nie muka comot time kat rumah..kalau makan ke,memang comot habis,dari ke muka sampai lah ke baju..time dia bangun tido,cool je mukanya,,nangis pun tak..terus nak peluk ngan cium puas2..sejuk je mata aq tengok ulin nie..Ya Allah peliharalah anakku dari segala bahaya dan musibah,Amin..

dekat playground kfc..bukan main ligat lagi dia main,dah macam budah dak besar dah..
hihi,cute kan cartoon kat belakang tue..sayang baby mama nie..time nie celebrate besday farisya..
hobby dia kalau nak tidur suka hisap jari..nie dah setahun risau pulak sebab dia still hisap jari..takut sampai ke besar pulak..dah cuba tarik tapi nanti dia mengamuk nak jari dia jugak..hemmmm..





yang lebihnya nie tak tahu dah nak tulis apa..tapi saja nak letak gak gambar dak bambam nie,huhu..apapun,mama sayang anak2 mama nie..